BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 28 Disember 2010

NUR FARHANA BINTI ABD MAJID

confirm makcik sorang tu akan menangis mendayu-dayu bila dapat tau aku buat entry untuk dia..hahahaa
presenting......nur farhana binti abd majid a.k.a akak panau..hehehe *jgn marah,nanti kena jual..
beliau ni aku kenal waktu darjah 5,mula rapat darjah 6 time skolah agama.
pada mulanya kami memang saling membenci.*aisehhh...yelah dia nampak macam sombong..
dan dia kata aku pulak kecoh dan tak reti diam..sapa sangka akhirnya jadik kawan baik..
frankly dia adalah kawan skolah yang still stick dgn aku..*agak terharu
bukan maksudnya,yang lain takda contact2,tapi entahlah aku kot yang sombong..
dgn makcik sorang ni,aku rasa hidup terisi
kenapalah uitm kejam sangat pisahkan 2 orang kawan baik ni..
aku kat melaka,dia kat perak..
kadang2 kalau aku rasa down dan hopeless kat uitm tu aku teringat dia..alangkah bagusnya kalau dia jadik roomate aku,jadik coursemate,classmate..semualah dgn dia..kan best!
dia boleh buat aku ketawa tiba2 bila baca lawak bodo dia kat mesej,kadang2 benda2 sengal kat uni pun kitaorang akan kongsi...mana nak dapat kawan macam ni kan?..
owhh farhana kalau ditakdirkan kau terbaca entry ni,aku nak kau tau yang memang kau je sahabat yang terbaik yang aku pernah dapat.dan aku bertuah sebab tuhan takdirkan kita ni berkawan..*sounds jiwang,geli jap..hahahaa
ada beberapa fakta tentang minah sorang ni.
1.pemalu,mempunyai self estream yang rendah,kena push baru nak jalan *tapi bila dah kenal best
2.tak berkira,dan selalu kata tak apa *kalau aku hilangkan atau rosak kan novel masih kata tak ape..padahal dlm hati..hahahaa
3.anti jiwang.aku nak bagi award sape yang boleh tackle dia..
4. sangat suka nurul syahida..dan menarik aku juga,dan dia berjaya *senang kata dia terer dalam bab sychology..eh kau drop lah statistik tu.ahaha
5.selalu buat analogi yang best2,dan berbakat dalam penulisan cerpen
6. kipas susah mati k-pop,j-pop mercun pop2
7.suka share kegemaran dia dgn aku
8.addict kat komik,dan menarik aku jugak,dan dia berjaya
9.kami mempunyai minat yang sama,iaitu mr.sufian *ahahaa,yang ni memang rahsia dunia
10.last but not least, the greatest friend that i've had..
semoga kita kawan sampai mati!
amin!
wasalam...;p


menghitung detikkkkkkkk..

kurang dari 4 hari nak balik uitm..
tak bestlah..tak suka perasaan ni..
aku tak suka perasaan tak semangat..
ahh mungkin crush aku nak ambik fast track kat KBM so aku tak leh nak stalk dia lagi buat aku tak semangat..
sheesh~~ bukan pasal tu,crush mana2 pun boleh jumpa..
entahlah,bila nak balik uitm je dah mula rasa tak best..
mungkin aku kurang kawan kot.
susahlah nak cari kawan baik kat sana
kat u memang betul2 tempat mengenal erti sahabat sebenarnya
kat sini memang betul2,kita kenal erti hidup..
arghhh tak best..
sekolah jugak yang terbaik..isk3 *emo kejap
harap-harap 2011 dapat jadi tahun terbaik dari 2010..
semoga aku dapat roomate yang baik2 dan aku boleh get along
semoga aku dapat bina hubungan baik dan erat dgn masyarakat2 kat uitm tu
semoga dais 2d lebih unite
semoga aku cemerlang dalam study,badan uniform,communication,aktiviti sosial dan pergaulan..
dan..errr.semoga dapat bF..hahaha
bodoh betul azam yang last tu..sheesh~~ siapa tak nak pakwe,bosan kot single...cehhhh.lupakan.otak tengah tak stabil
wasalam....;p

p/s: kalau lah pintu suka hati tu betul2 wujud,memang aku nak patah balik ke form 1

Rabu, 22 Disember 2010

pagi yang golap.......

hari ni buka fesbuk...
hari ni tengok gambar...
aku nampak dia...
bergambar dengan sorang pompuan cun...
aku jeles tak hingat,sampai nak nangis...
bodohnya aku!
heh,tolong bangun dari alam realiti la farah...tak payahlah nak mengharap orang yang mungkin kau tak dapat..yelah2,apa yang aku boleh buat..
kadang2 aku terfikir,kenapa peluang banyak terbuka untuk orang yang cantik dan comel je sedangkan kita yang biase2 ni lagi okey dari dia?
diskriminasi ni dah lama berlaku,dan aku salah sorang dari mangsanya..
ahhhh mungkin aku terlalu fikir benda2 ni,dan tak bukak sikit otak aku supaya berfikir,tak semua orang macam tu..
baiklah,lupakan pasal tadi..
aku chat dgn afif dan nabil tadi..
kawan2 masa sek menegah dulu..
sumpah rindu gila dengan kawan2 lama
zaman sekolah jugak yang terbaik..
walaupun terikat dgn peraturan,tapi aku rasa itu yang terbaik buat aku..
mungkin aku lebih bagus hidup dalam peraturan..
sudahhhhh,apa yang aku merepek ni..bangkit,bangkit farah
jangan putus asa..yeahhhhhh..
wasalam...;p

p/s: mood merapu,layan jelah..

Selasa, 21 Disember 2010

mari kita hang out bersama kawan baik

satu rumah berbau rose pagi ni..hah ayat macam nak bajet kan?tapi itulah realiti nya,apabila anak pak arif ni dah masuk mode 'mari kita kemas rumah di pagi hari'.hahaha...
baiklah,ini bukan point yang sebenar,sebab aku nak cerita lain..okay straight to the point.
semalam adalah outing terakhir dengan farhana..adehhhh,macam takkan jumpa untuk jangka masa 50 tahun pulak..tapi memang pun,nanti susah nak jumpa dia.yelah sape sruh dapat uitm sampai jauh ke perak tu.huahuahua...
macam biasa namanya dua2 ada lesen tapi still takut nak drive,ape lagi naik bus jelah kemampuan kami....sampai kluang parade,kitaorang bebelanja la jap kat guardian..then beli kasut aku..kopak den! takde dalam list pun nak beli kasut,huwaaaaaaa..ngendap abang jual cd yang hensem..pssssttt hampir setahun setengah jugak kitaorang jadik stalker abang tu.hahahaa..
then naik mbo beli tiket hantu kak limah...sumpah,gila kelakar citer tu..okay,mamat khalid make it worth!..syabas!..then pergi kluang mall,dan lokasi pertama faham2 jelah..of course la popular..dua2 budak dekan kan..hahahaaa,cisss berlagak sungguh aku..astgfirullahalazim..
dan belik2 la buku kat situ...dan tempat paling lamaaaaaaaaaaa, of course la bahagian komik..okay,nak cerita sikit..bila dah menginjak 18 tahun ni,baru aku nak addict kat komik,kenapa kau cakap camtu?sebab 18 tahun dah cukup tua nak baca komik kot...setakat ni baru permulaan,baru bercambah minat tu..and credit tu amira zaid serta cik farhana sendiri kerana memperkenalkan dunia komik pada saya..lagi2 zint!..memang superb..even kadang2 komik dia cam melalut...adehhh...
aku rasa bahgia bila cuti sem..aku memang tengok tv puas2,makan puas2 nak gagahkan badan..err sebetulnya gemukkan..aku keluar puas2,tengok wayang puas2...sebab aku tau bila balik alor gajah aku dah tak berpelaung nak hang out segembira ni kat melaka...aku bukan banyak sangat kawan kat sana..entahlahhh mungkin masih baru dan sedang mengenali hati budi masing2..ewahhhhh dah macam cari jodoh pulak.hahhaaa
ermm i just only hope i will get a good roomate,who can i get along..yang akan buat aku tersenyum masuk bilik,yang boleh buat aku tenang kat dalam bilik,yang aku boleh buat temapat share segala benda yang aku lalui sepanjang hidup..amin!..
wasalam....;P
p/s: acara mari bersihkan rumah dah siap..so,lepas ni acara mari letupkan dapur dengan memasak kueh tiau..ala lantak lah ejaan nya..who cares?.hhahaa

Ahad, 19 Disember 2010

oh aku pun tak tau

nak tukar kaler purple lah..nak gegurl.eyhhhh aku lempang diri sndik jap..apa dehhh,buruk nya blog aku..wooo sedih..sabau,kiat bljr pelan2...lepas ni aku kena sntiasa rajinkan diri meng update blog..harap jer ada blog tapi nan hado!..hahhaa..okey masuk mode story.
pagi semalam tengah aku menggoreng jemput2 labu, tetiba ibu suruh kejut iman..aku apalagi masuk ler bilik kejutkan adik aku yang gemuk tu..adehhh indahnya zaman budak2..bangun lambat,xyah wat keja umah..dah kejut soh dia mandi..dia cakap hmmmk jelah.inati punya intai tgh syok layan kartun kat tv dpn..adehhh budak2 zaman sekarang..kadang2 aku terpkir, eh seksanya jadik anak sulung...selau kne mengalah..selalu kena tahan perasaan bila tengok adik2 dapat apa yang diorang nak,dan kita as a leader of sibling kena sabar sikit kalau nak apa2..okey memang lumrah alam la kan.
ada lagi satu citer,aku masuk bilik..tenguk bilik berselerak..maha sepah! aku kemas2, sapu sana,sapu sini,gantung tuala..ni yang aku baran, sifat suka sepah2 benda2 basah atas tilam aku..aku mmg rasa itu adalah salah satu perbuatan yang agak keji la.hahaa..dah agak2 bilik okey aku blah ke dapur..dan iman,adik aku tu mandi...5,10,15,20,30 minit kemudian aku masuk bilik..tengok bersepah balik..hey! anak sulung ni dilahirkan untuk kemas bilik hari2 ker?..lu pikir la sendiri..wooo senggugut lagi..adehhhh cukuplah samapi disini,karang update balik.
wasalam...;p

Latihan Intensif Bakal Komander Part 2

huwaaaaaaa,isk,isk semangat berblogging tengah membara tapi senggugut pulak daaaa.adehhhhh,hari pertama mmg camni la gamaknya.Heh semalam aku merayap kat uitm blogger. Sumpah jeles gila tengok blog2 diorang. Siap ada yang tercalon dalam blog pilihan malaysia lagi. Weyhhhhh aku nak!..isk,isk..takpe2,aku masih hijau lagi dalam arena berblogging.hahahaa..
okey mari kita sambung pasal libk, acctually aku memang nak cerita tapi yelah budak malas kan. lagi2 cuti sem,memang takdelah aku nak menaip bagai. mari kita mulakan dgn hari seterusnya.
hari kedua:
jap,recall balik.hahhaa.okey hari kedua kitaorang dah start PT.untuk pengatahuan pembaca sekalian..erkkk ada ke? PT tu physical training..alerr lari satu uitm je kot.haha, kot kau kata? lari dalam barisan satu uitm.hah ambik kau! nak synchorinize kaki dan pergerakan,mau tercabut body nyahhh..huh,aku bukan apa,sebab weekend aku mmg selalu jog dgn jihan satu uitm, jadi benda tu tak jadi masalah. tapi bila kena lari dalam barisan tu yang aku malas, tak dapat tunjuk skill pecut aku yang maha hebat.hahaha, hebat ke?
dan hari kedua berlalu dgn kawad statik dan bla,bla,bla..
hari ketiga:
hari ni mmg best,sebab experiance pertama pakai uniform kesatria..woooo rasa darah satria tu mengalir dalam tubuh..mak aiiii,semangat betul aku.haha.hari ketiga dah masuk padang kawad.yay!..????...err takyah nak yay sangat la, sebab memula mmg eksited nak berkawad tapi hambik kau! panas+kena marah bersama baju uniform kesat.takpe baru hari ketiga,belum rentung lagi..chillex beb..hah dah lepas mengkawadkan diri beramai-ramai tu kitaorang pegila jebat,nak melantak..setiap pergerakan mesti nak berkawad, sampai kat level pun kitaorang berkawad...sampai kat jebat apa lagi makan daaaaa..nasinya nauzubillah, gila banyak..ni nak bagi orang mati ke apa? pastu suruh habiskan jugak..adehhhh habis cita2 aku nak kurus.
hari keempat:
hari berlalu dgn aktiviti kebiasannya..bla,bla,bla..kena marah,kena tengking dah jadik sebahagian ranjau kehidupan..erkkk!
hari kelima:
berlalu seperti biasa..tapi aku nak cerita pasal kat surau..mmg lawak dehhh.hahahaa. sebab kitaorang peserta libk ni mmg tak cukup tidur even balik bilik sblum pkul 12, tapi kitaorang dok bizi menyental kiwi kat kasut dan menggosok baju sampai tajam macam pisau rambo..ehhh apa aku merepek nieyhhh... dan bilik menjadi port paling hangat untukkkk.............................tidur ZZZZZZZ..hahaha, lawak doh lagi2 waktu subuh,mmg tak ingat dunia tido..aku rasa tiap masa aku kat masjid aku tido..adehhhh,berdosanya aku...aku ingat lagi dalam solat semua badan dah terhuyung hayang..sumpah! solat aku kat sana mmg carca merba..soldo..solat+tido...ada satu masa tu lepas maghrib aku tido sambil bersila tetiba ada kak komander ni kejut..aku bangun tengok semua dah masuk saf..aku apalagi ikutlah..ikut jelahkan,niat isyak..dalam solat tu masih sempat tido lagi...aku follow jelah..mamai lagi tu..tetiba dlm 2 rakaat dah tahyat akhir.ishh imam ni mamai cam aku gak ke..rupa2nya...meh kiah nak citer ni ..tadi tu solat hajat..ya ampunnn, berdosa kuasa dua aku...ishhh bahana terlalu ngantuk..
hari keenam:
ada exam..blablablablabala..bala?....ahahahaa..malas dehh nak cerita
hari ketujuh:
oh ya lupa nak ckap hari kelima pun ada exam.hahaha, hari ke-7 masuk hutan...wooo bljr peta dgn kompas..aku mengundurkan diri sampai disini.hahahaha, bab2 peta memeta ni silah jagn kasi aku..mmg syok la masuk kelapa sawit,paya..dan kumpulan aku: sindiket 4 mmg rock!!! terbaik la weyhhhh.hahahaa,blablabla..sampai checkpoint makan,makan, blablablabla lagi..bljr masak cara tentera part yang paling best..sedap wooo nasi n lauk diowang..adehhh aphal aku telan liur lak ni.sah2 lapau..blablablabla..pastu balik,sesat ..blablabla..
hari kelapan:
training,training and training...raptai majlis penutup
hari kesembilan:
raptai again...muka 100 peratus hangus dijilat matahari
hari kesepuluh:
majlis penutup libk..kawad,kawad..and finally we got the ice!!!..wuhaaaa,aman dan nyaman body kami semua..last sekali sebelum balik cik ecah sempat g bagi denda serius tak tipu..mmg best, okay mungkin aku patut hentak kepala kat dinding..dah kena denda, tradisi pijak boot..adehhhhhh,boot yang aku kilatkan samapi 2 pagi..hancussss!!!..and last salam2 super senior komander..bertemu dan berpisah adalah blablabla..tak dapat tahan sedih waktu salam cik ecah..gua nangis wuuu.dan balik!
yay! i'm komander rendah muda nurfarah ayuni binti mohamad arif....peace never died
wasalammm..;p

Ahad, 12 Disember 2010

statik gelap

boneca cela (lirik)

Latihan Intensif Bakal Komander Part 1

mak aii ingat ni gerak khas aper siap ader part2..hahhaa
okey nak story
pasal LIBK selama 10 hari. memang best plus penat.nak tau tak LIBK ni lah satu2 nye kem yang buat bdan aku naik, mane taknyer nasi menimbun macam bukit.pastu kena plak habiskan..adehhh datang dgn harapan nak kurus,silap langkah aku,makan byk2 sebelum datang kem. first day dah kena amek baju kat kasturi.hehehe, melilau la jap mata.mane pernah aku naik kawasan perbukitan tu.cettt hiperbola la pulak aku ni.cari baju ni aku rase dah dua gelen peluh keluar.tu okehh lagi.paling mencabar cari kasut but.dah macam amazing race asia plak.macam cari rambut dalam loji.heh boleh ke?.malam kiterorang diterangkan pasal care2 nak gosok n pakai baju.heh jgn salah faham,pakai baju uniform komander daaa.
pastu balik tido..owhhh amn dunia seketika.heh,penderitaan belum bermula.kau tunggu esok,ingat dunia kau aman sanagat!..bersambung~~~

p/s:mood penulis hilang,lepas tart cheese disebat adik..tart cheeseeeeee aku!!.out~

okehhhhhh,ni bukan salam satu malaysia.heh aku dah mula merepek.ahahaha
,alamak lama gila tak update blog..kate jer ader blog,apa daaaa aku ni hahha.sekarang tengah cuti sem satu, banyak benda yang aku dah buat cuti ni.aku baru habis tamat LIBK.muka berkilat weyhhhh.hahaha,orang2 kat rumah semua dok kata dayang senandung,sabau jelah kan,tunggu lar bila aku putih t.hahhaaa.
ada lagi best dari ni,aku nak cakap pasal result.hehehehe aku dapat 3.60.caya tak?..ahhaah,syukur alhamdulilah..tak sia2 pergi library dari pagi sampai malam.memang paid off betul. ALLAH balas apa yang kita usaha.okehh banyak lagi nak post ni.tunggu!!!!..daaaaaaaa,salam
h

Rabu, 27 Oktober 2010

assalamualaikum..........

Assalamualaikum.........ada orang ke tidak, dah bersawang je ni aku tengok
fuhhhhhhhhhh, tiup habuk sikit, mak aii dah lama gila aq tak update blog..beroperasi lagi menda alah ni rupanya....
sekarang ni, tengah nak final exam, dan time ni gak la baru aq nak sibuk2 update...gila kau farah..err kata hati aku..
banyak benda dah berlaku dalam hidup aku sekarang ni, sampai tak taunak mula dari mana..acctualy sekarang aku kat library study, tapirest jap..yelah dari 9 pagi tadi aq dok bertapa kat sini..ape ingat aq mesin pencetak ke..hahahaa...
woooo, esok exam BEL..peh, cmne nak A dalam subjek ni...ada lagi 4 papers to go...and i really2 wish i will get A for all papers...ya,allah bantulah aku!...
paling menyeramkan of course paper AIS yang #$%^@@&* tu.
mana taknya subjek menghafal kan...
owh sampai disini sajalah tazkirah saya pada hari ni..poyo gila conclusion..out~~

Isnin, 5 Julai 2010

selamat tengah hari!

menyambung kisah semalam...
baru nak merasa badan ringan beberapa hari ni, tapi semlam dah membaham ayam masak merah, bubur kacang durian.roti serta kerepek..maka lupakanlah hasrat hati yang menggunung tu..hahaha..
kelas pertama ctu bersama ustaz zin..nan hadoOO, sgt mengantukkan..sabor je den.
malam bersama miss nora. AIS..hmm mata celik la jgk..tapi mmg xsbr nak belajar lagi ni..pagi tadi pulak kelas business mathematics bersama tuan haji isa...skalimpndang aura macam gatal..tapi ok jer sebenarnya, betullah kita 'don't judge the book by it's cover'......
uhhh..kekurusan datanglah padaku..aq menyeru mu~~~~..hahaha..ayat mmg stalista baik gila...
out~~

Jumaat, 2 Julai 2010

salam

menjadi warga uitm lendu selama seminggu membuatkan aq realize something...pelajar u akan selalu merasa busuk..hahaha
maaf ini hanya satu anologi seorang gadis yang tgh pening dgn kehidupannya..hahaha
dah habis program orientasi yang melecetkan kaki serta peha,sekarang busy tahap cipan dgn jadual kelas dan tempat2 belajar..owhhhh i'm dying~~~
nak cakap byk pasal mds tapi malas mau meng update..oklah, pm semua sporting boleh masuk.
owh ya cakap pasal kolej, aq dpt tun puteri..paling jauh..dan ini membuahkan harapan aq untuk kurus..hahahaha..berangan lagi~~
dan roomate 4 orang yang sporting sgt2 menjadikan aq diterima kat sini..syukur! dapat roomate yang okay..
out, penat gila

Selasa, 22 Jun 2010

usia baru!!!

salam...hohoho dah genap 18 tahun pada 21 jun aritu..
syukur bpada ALLAH dgn segala nikmat kehidupan yg telah diberikan.dan juga pada ibu yang tersayang yang melahirkan diriku ini 18 tahun yang lampau, terima kasih diucapkan..alahai, ni apa kes kosa kata aq dah bertukar ni?...hehehe
baiklah lupakan pasal tadi birthday girl nak berbicara..jap2, nak tmpar diri sendiri, asal menggedik semacam ni..pang!!!..ahahaha..ok2, aq nak cerita..
tadi siang dah bertawaf dgn cik farhana.cari barang2..honestly kesian dgn makcik tu, pnt angkut brg2 aq..baiklah bajet nak membeli cuma rm160.tapi entah mcm mana kat popular waktu nak beli stationary boleh terlebih 2 kali ganda sampai rm45..sungguh aq mmg kaya dgn alatulis..ahahaha
bajet2 balik duit, untuk joli tinggal rm2..hahaha sadis gila..
lagi satu hal berkisar hidup seorang birthday girl, tak pernah puas dgn apa yang dah ada..aiiii, bersyukurlah wahai cik farah..jgn ler kau nak merungaut..bukan ape sebab tak dpt kasut warne kelabu rasa menyesal tu dah terbawa2 sampai ke ruamah..hmm coklat pun apa kurangnya..
dan sesunnguhnya, aq dah amik pengajaran dari cik farhana, bahawa barang murah tu tak berkualiti.buktinya, baru tadi beli stapler yg berharga rm3.95, balik rumah, godeh2 jap mdah tercabut springnya.hmmm jgn terlalu tangkai jering..pagajaran pertama..
apa khbr stapler kau cik farhana?
out~~~

Khamis, 17 Jun 2010

salam..

"ingat aq ni, bibik korang ker???"
petang semalam aq menjerit geram..bayangkan dapur yang aq siap kemas, polish lagi tetiba cam tongkang pecah ngan kulit telur kat lantai, kuali yang berlambak kat sinki dan lelehan minyak masak di dapur gas..ya Allah, tuhan jer tau macam mana perasaan geram tu...
baru aq tinggalkan sekejap, dah jadik macam tu..
yelah aq dah penat jadik bibik yang tak bertauliah selama setengah tahun ni..huh nak masuk u tnggal 8 hari lagi..aq slalu harap cptlah masa, aq dah tak tahan lagi kat umah ni..
haaaa, ingat jadik bibik, surirumah tu senang?..weh main sycho beb, ingat kerja kat pejabat tu reti tension habis kat umah ni takder yang tension?..aq rase jadik orang gaji adalah kerja paling bosan dan penat+stress sekali..huh cukuplah,kalau aq dah berlaki nanti dia nak aq dok umah takyah keja aq sanggup cerai ngan dia..hahahaha, gila punya statement..huahahaha

nak mention apa lagi yek..hahaha, aii, suti sekolah ni bosan giler...parents asyik kerja memanjang..ye aq tau diowg cari duit untuk kitaorg 3 beradik tapi at least treat la kitaowg ni sikit, heh aq dah bersyukur tau kalau ibu dgn ayah bwk pegi gunung lambak tu..hah gila sadis punya ayat..al maklumlah dah lama tak melancong..
hmmm, tgk destinasi bajet smlm, tetiba rasa nak pergi great wall china...huuuu, nak pegi~~~~
bilalah dapat merasa nak naik flight,jln2 pergi oversec...
hoh, sungguh aq soerang insan yg naif lagi polos...
kapal terbang tu kalaun tanya org lain, mesti dah tak heran dah..hahahaa...
out~~

Rabu, 16 Jun 2010

salam

hoi,hoi,hoi...hehehehe
sedar tak sedar lagi 9 hari mau pegi ke uitm..honestly, aq sgt2 scary dan gementar..
yelah bila pkir2 sebenarnya berumur 18 tahun ni lah permulaan bagi sebuah kehidupan..cewahh..
barang2 belum pack lagi..nak tau, kasut, beg, toiletries belum prepare,sectionary pun kelaut..belum beli..hahaha

penat sikit bila time cuti sekolah ni..adik2 kat rumah nakal nya nauzubillah..semalam masakkan si iman tu burger, sebab dia dah dok request bnda alah tu dari pagi..dah masak tetiba tak mau makan plak..tu yang aq hangin satu badan..nak ke taknak, aq paksa rela jer budak tu makan..apa buruk sgt ke burger tu?...err, baiklah mngkn presentation nya agak selekeh dgn lelehan sos+mayonis dan salad yg terkeluar2, tapi hey! don't judge the book by it's cover la..hahaha

oklah mood nak meng' update pun dah decrease..mau out...tgklah dlm dua tiga minggu aq update balik..cehhh yeh cam bizi tahap gaban jer life minah sowg ni..hmm
Toodles!

Khamis, 10 Jun 2010

selamat pagi!

hari yang ceria hari ni, dah lama tak update...
minggu ni dpt call dari haliah zaihan..mak azreen dah meninggal...inanillah..
semoga roh nya di cucuri rahmat..kesian azreen, even tak rapat, tapi dia kawan aq jgk..org yang aq knl..

baiklah, lagi 2 minggu lagi nak bertapak kat lendu...
ermm, tak sabar, sbab dah hmpir stgh thun kat rumah...
barang2, so far byk dah beli...
tinggal packing jelah...

hari tu keluar dgn farhana, tgk shrek..
mmg superb best la
dan semalam kuar ngan khalimah, biha, miza...
tgk lagenda budak setan..
ermm..so far...i still choose books more than films...

tgh buat cerpen jgk ni..
ingt kan nak hbiskan sblom msuk u..
tapi sejak akhir2 ni idea kong...
tak tau pergi mana idea tu..wahahaha

life skrg oklah..
tension sikit, sbb cuti skolah...
nak jaga adik2...
tapi takpelah, dah jadi anak sulung knelah ada tnggungjawab..
nanti aq dah tua, diowg jaga aq balik..kan?
hahahaha

p/s: mood nak menulis ada, tapi dah takde idea..
sekian for today..
wassalam.........

Rabu, 2 Jun 2010

hari tu test kedua aq lulus..syukur alhamdulilah ya ALLAH...
mmg terbaik la, jpj yang test aq tu..nama dia wahab..semoga tuhan memberkati nya...
heh, berpalik pada life sekarang....
lepas dah lulus, rutin harian pagi2 macam biasa...back to the root..
basuh kain, sidai kain, hmm melepak...
hari tu baru gi jogging, setelah lam aq tinggal kan..peh aq sedar aq dah pancit..mana taknya dulu dari rumah ke gng lambak setengah jam je, ni amu makan satu jam...gila tak gila lamanya kan...ahahaha...
wehhh takder mood nak berbloging..chow!

Ahad, 23 Mei 2010

benda yang sama berlaku...bukak lamn web matrikulasi itu lagi..dan...TAHNIAH...bla,bla,bla....di kolej matrikulasi n9 dlm bdh perakaunan..ahhhh...alhamdulilah...syukur!...
dan terima kasih kerana membelah bahagi kan hati aq...hehehe
ok to be honest, sape yang tak nak rebut peluang masuk matrik ni...dahlah setahun..pas2 trus degree, cpt kerja, cpt dapat duit...
tapi hati aq masih berbelah bahagi..matrik dpt akaun, bidang yang aq minat sgt2...tapi risiko nya sgt byk..unless klau kter btol2 boleh survive kat situ...
dip dapat information system in accounting...juga berkaitan akaun cuma aq kne struggle byk sbab aq ader dua laluan ke degree degree in accounting or degree in information system..hmm, mungkin kena buat solat istikharah, mntak Allah bantu...

baiklah bercakap pasal test jpj...rabu ni, test lagi buat kali kedua...insyallah aq buat yang terbaik dan takkan gagal lagi...amin!

dalam hidup ni, apa sebenarnya yang kite nak?...for me I want a happines that long lasting ever after..
bukan nak menyesali apa yang aq dah ader skrg tapi to tell the truth...belum puas!
ya, mungkin ibu dan ayah sgt berbangga dgn kemasukan anak sulung mereka yang cntik jelita ni..ahahaha, propa jer ke u adalah satu yg membanggakan...yup, mmg tak nafikan mmg ader prasaan tu, but...hmm, ntahlah, kenapa aq still rase tak puas dgn apa yg aq dpt..

baiklah, berbalik pada topik...apa sebenarnya yang kita nak?
my dream:

  1. happines...of course
  2. a very big family...add skali ngan kluarga mertua...ahahaha...gatal sngguh
  3. lexus...i'm so sick being elder sister,who always be the last one in family..contoh: kehendak adik2 slalu diutamakan
  4. a very talkative soulmate..aq sgt selesa dgn org yang byk cakap
  5. long life for my lovely parents
tapi, a little bird always told me, dream is something that you want, but you can't got it..
means, impian hnyalah impian yang takkan kita capai..yelah nama pun impian kan?..
but for me, tak salah kalau nak berimpian...terpulang pada individu kalau nak makes it true or not..
pada aq..ya, i want to make it come true..yeah, hidup ni tak mustahil, walaupun anda hanya seorang yang biasa2...,seperti aq...if ALLAH wills...amin!

Jumaat, 21 Mei 2010

rabu lepas, 19 mei aq test jpj..pergh an gagal dua2...parking ngan jalan raya...mmg sabo jelah kan...kalau gagal parking tu aq tak kisah la sbab aq mmg lemah kat situ...jalan raya paling tak puas hati...
uhh, sampai sana kena tnggu kat bilik yg ber air-cond, aq dah macm budak spm yg tetiba krem wk2 jwb add mths...gler, tak gler seramnye...
sampai giliran, buat parking otot kaki tetiba rase cam meleding...giler seram...track tu lenggang je...tak meriah cam selalu...naik bukit sekali, tayar masuk kotak tapi sipi2 jer....aq trun balik, buat kali kedua...hmm, kali kedua kereta meluncur...ahahahaahaha..
jalanraya plak cam hampe, sabo jer gua...

Selasa, 11 Mei 2010

hari ini..

enjin kereta toyota unser tu kedengaran..peh intro..
baiklah, bukak pintu, ayah dah balik...tapi, tergamam jap...aik dak ni pun ader gak..
muke curious x leh blah.."apahal, org chiken pop la"
"owhhhh"...adik aq chiken pop, dari asrama balik ke rumah..
hmm, ayah dah warning dah " kamu jgn dekat2 dgn adik dgn kakak"
dan budak itu mengurung dirinya di bilik..ahahahaha..

tutup cerita diatas...

malam tadi...
tgh golek2 sambil layan rooftop rant tetiba dgr bunyil bunga api...
otak dah interprate...asrama,asrama...
ahahaha...dulu kat asrama masing2 macam puak jakun biler dgr bunyi bunga api...
yelah, kiter orang kan terkurung cam katak kat bangunan asrama tu...
dah dgr bunyik tu, cepat aq g tingkap...nmpak lah sikit2..
ermmm, nak nangis?....sorilah, tak touching sgt pun...cme tetiba rase rindu menggebu-gebu, cam pau kaya dpn tadika al husna tu...

okay2 bunyi bunga api tu ignore kan jelah...sambung rooftop lagik..
earphone kat telinga yang tgh dengar suria tetiba barlagu memori tercipta-shila...
pergh, takleh tipu lagi...inchek mutiara jernih dah turun..wahahaha...aku nangis..
mane kan tak, lagu tu lagu batch form 5 2009 skola simpang..ahahaha..
teringat dulu rakam guna kamera waktu nyanyi ngan dak2 simpang...
jap, kesat air mata...wahahaha...

ok2 nak refresh balik memori dulu...

waktu spm...
kat dorm juwairiah...8 orang penghuni kat situ...
aq bawak heater, izzah bwk tooster, ayu bwk radio...
setiap minggu msing2 support roti n jem...
untuk radio aq support cd hujan aq...padahal aq jer yang suker band tu, yang lain stok2 jiwang ahahaa...tapi lame2 diowg layan gak...
nak exam masing2 study giler habisan...
biler aq takder paper mula lah aq wat diowg jeles dgn tido sampai terlebih had sambil babai diowg pagi2 buta waktu paper bahasa arab...nasiblah, aq tak amik arab...
ahahaha...
apa lagi yek...haha konon tak nak ngantuk...si yan bawak stok kapal api...
pergh mmg takleh tahan...dari tak suker kopi, trus aq tergila2 ngan kopi...
wat kopi panas2 sambil cecah biskut mayat...mmg superb best giler...
dah nak last2 paper, si biha n faz ajak gi dorm rukayyah...melantak stok megi tomyam diowg...ahaha
almaklumlah tinggal paper chemis jer...
hmm, agaknya lau aq tahan sket chemist aq dah A kot...hahaha nak salahkan megi sbaba chemist dapat C...
byk giler kenangan kat simpang...and I'm so miss all my friends like hell!

Selasa, 4 Mei 2010

syukur

alhamdulilah aq ucapkan...
akhirnya aq dapat tawaran uitm dalam diploma perakaunan(sistem maklumat)...
aq bersyukur, yelah even tak dapat diploma perakaunan, tapi course aq ni masih lagi belajar pasal akaun cuma tambah ict...
takpelah insyallah aq akan buat yang terbaik dan sambung ijazah perakaunan...amin!

hari tu semak form 6...alhamdulilah sekali lagi..
aq dapat kat smk haji hassan yunus renggam..
aliran sains..

erm sekarang dalam dilema sgt2..
yelah, diploma tiga tahun..
form 6 setahun setengah...
macam mane nak bajet mase ni...
paling2 lau amik dip tiga tahun,ijazah pun lbih kurang tiga tahun...
grad, umo dah..ermm...bile nak keja, kumpul duit, kahwin??...ermmm..
ni dah masuk bab gatal la pulak...ahahahaha

lau form 6 setahun jer an, pastu smbung ijazah..
cepat grad, cepat keja...
ahahaha....tapi sains susah woo...

erm aq amik diploma jelah, even lambat takpelah...
rezeki kat situ...alhamdulilah...
biler dgr budak2 ni dapat asasi, hati ni...pergh, jeles giler...
tapi takpelah rezeki masing2 kan...

p/s: serius gua nak kfc jer ni...laparrrr beb!

Rabu, 28 April 2010

versus

hari ni baca versus tulisan hlovate...
cerita yang buat aq sedar tentang maksud baik...
betul kata hlovate, kadang2 kita dah rasa kita ni cukup baik bila kita ni dah truly Islam..
kadang2 aq dah rase yang aq ni cukup baik bile masih dapat solat cukup 5 waktu even wak2 dah hujung2..
kadang2 aq dah rase yang aq ni baik bile time malam jumaat aq tetap baca yassin..
kadang2 aq dah rase aq ni cukup baik bile aq masih bertudung dan berlengan panjang bila kluar..
hmmm...cukup baik kah aq sebagai seorang Islam?

aq tak pernah buat qiyam sendiri...
aq bace yassin dgn harapan ALLAH tolong aq dlm hidup, aq tak pernah ikhlas...
aq sentuh al-mathurat kat asrama jer, dan tak pernah sentuh nya lagi selama beberapa bulan ni..
aq buat hajat dan tahajud waktu nak amik result spm...
aq pakai tudung tapi still tak pakai skarf...
aq kata aq semayang tapi aq still tak jaga mata, telinga...

adakah aq dah cukup baik???
kawan2 nak berubah ni sgt2 susah...sape kata senang..
aq berusaha kearah itu...

semalam

semua cerita pasal semalam...
1. tgk kick ass
ulasan: best time scene hit girl n kick ass bergabung selamatkan big daddy dan hapuskan konco2 frank. Ader part yang sgt2..errr nak muntah aq tgk..patutlah 18PL
konklusi: aq tak sokong sape2 tgk citer ni...tak best langsung....

2.makan di the chicken rice shop
ulasan: dead seriously, mcn rusa masuk kg...dah macam eddie murphy makan belacan plak aq.Amik set noodles sebab tu paling murah..dlm set tu ader dessert iaitu nata de coco yang kat umah aq pun berlambak, pai tee yang mcm popiah basah yang slalu bpk aq beli, kerabu taugeh...hmm even tak suka taugeh tapi kerabu taugeh ni sedap dan plain noodles yang...erm rasenya exactly cam mi sedap perisa soto
konklusi: not bad...i love it pai tee n kerabu taugheh

3.balik naik bus yap tau sah kebanggan cik farhana
ulasan: ader makcik ni terhantuk kat palang wk2 tkan lonceng..kesian dier
konklusi:kerajaan patut menyediakan lonceng di posisi yang lbih rendah...apa2 pun sokong bas yap!...hahaha

Isnin, 19 April 2010

takde title lagikkk...

cerpen yang penuh dgn kepoyoan sila-sila baca....

"kau tu dah macam monyet yang terperangkap dlm bdn manusia, lagi tak mau sedar",ujar mika.
Dora menjeling. "dan kau...kingkong yang tertelan taik sendiri", balas dora.
Muka merah padam. "Oii, aku dah memang malas nak gaduh dgn kau wahai cik monyet. Jadi sila tundukkan kepala dan merayu untuk dimaafkan".
"Huh gila punya orang, aq tak buat salah nak mintak maaf"
"baik!, ko memang dah lame hidupkan...", mika mengepal penumbuk dan mula menghayun ke arah gadis itu.
Namuntumbukannya tidak mengena dan gadis itu sudah pun mencicit melarikan dirinya.
Mika ternganga.....


Tengku Midora Tengku Azlan. Hah, anak raja yang jatuh miskin dan tengah merempat di loring2 sunyi.
Membuka beg dompet. Sekeping syiling 20 sen terjatuh, dan dora mengutipnya.
"it's so terrible!...my life..owh god!", dora menguak rmbutnya dan duduk mencangkung di tepi longkang sambil memerhati makcik yang menjual aot yang berdekatan.
Meneguk liur. " Ayahanda memang tak patut buat aku macam ni. Memang tak patut", detik hati Dora.
Perlahan-lahan Dora bangun dan mengibas seluarnya. Berjalan lagi tanpa arah. Dan terserempak dengan pengemis buta di satu lorong. Merayu separuh memaksa untuk meminjam duit.
Namun,
"Bapak ko tak ajar kau ke? Meminta duit dari pengemis seumpama selangkah menjauhi syurga", maki pengemis itu.
Dora telan liur. Baik!...
"Yelah pakcik, saya minta maaf", ujar dora sambil sempat mencuri sekeping sepuluh sen dan berlalu...


Mika menolak seven-eleven. Memesan slurpee dan mencari chips-more.
Membawanya ke kaunter.
"Pergh, aku baran ni. Cashier, oi cashier...cepatlah aku nak bayar ni", jerit mika hilang sabar dengan ketiadaan cashier di situ.
Lonceng ditekan-tekan.
Mika makin hilang sabar.
Dijenguk ke belakang. Ada kekecohan berlaku.


Dora menolak pintu kedai serbaguna itu. Ditangan ada 30 sen. Fokus utama, 100 plus!
Membuka peti ais, dan mencapai sasaran.
Glurp! Glurp! Glurp!
"Pergh lega siot"
Capai pepsi twist...
Glurp! Glurp! Glurp!
dan kacip fatimah....
"Ehem memang biasa minum free ke?"
Dora angkat wajah.
Seorang wanita tua yang bertahi lalat di hidung sedang bercekak pinggang memandangnya.
Dora sengih. "Tak ni first time. Lepas ni tak wat lagi", ujar Dora dan cepat2 berlalu dari situ.
Namun,
"Eh nak pergi mana?", ucap wanita itu sambil menarik kolar baju Dora.
"Hehe...saya nak balik", Dora sengih
"Haah bagus2. Jadi silalah bayar sebelum kau aku lipat jadik apam balik!", wanits itu maenjerit.
"Tapi saya da 30 sen jer...masuk buku 555 ye?", ujar Dora lagi dan tersengih.
"Ni buku 555 kau", wanita itu menghayun sekepal penumbuk ke arah dora
Namun,
"Berapa air si mangkuk ni?", ucap mika menahan tangan wanita itu.

p/s: bersambunggg...

aq yang lapar...

semasa menulis entri ini saya telah menyimbah semangkuk klorok untuk menghilangkan noda2 hitam di blog ini...
tgk aq dalam mood tampoi lagii...
sudah2 la cik fara oii bawak2 lah berzikir...
hmm, makcik nodame tu dah nak test...aq qti pun blom...
weh benci gler ngan parking...asyik xbleh jer...
boleh tak aq request dgnkerajaan supaya mansuhkan ujian parking...myusahkan btol...
"tolong gadis cantik teranaya!!"...

makcik nodame beli rooftof...sile ignore kan ejaan itu..
setelah bertahun2 mencari novel tunas yang tak jumpa2...
whoa, sgt perlu bagi seorang farah ayuni untuk mengumpul duit untuk membeli novel twenties girl...
ini kerana ibu bapanya sgt pokai setelah di ketuk berkali-kali...

p/s: tgh takder idea derrr...cuba dapatkan sambil berharap mlm ini mimpikan piolo pascual yang sgt2 extremly hot, gile x ingat...

Jumaat, 16 April 2010

'bahagian matrikulasi dan pengambilan pelajar'..ceh tajuk tu propa jer..hahaha...maka seorang budak mengisi no ic nyer dengan lagak seorang pesakit parkinson...hasilnya....'DUKACITA DIMAK....terus tutup...hahaha...
ya,ya,ya...aq x dapat matrik...erm nak ckp macam mane yek...mingkin dah takde rezeki...xper2 mungkin ader hikmah semua ni...tuhan telah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk aq...

baiklah...mula2, memang nak nangis tapi bler pkir balik salah aq gak kan?kan?....jadi simpan air mata tu untuk debaran af...hehehe
sekarang tgh tunggu maktab, poli, upu...aiii entah dapat entah tak dgn keputusan 3a 3b 4c ni...
hohoho....biler pkir2 balik cam nak jadik cikgu jelah...tapi pada aq cikgu susah wooo...kena byk main emosi....jiwa aq ni kat pa....arghhhh...kahwin jelah cik fara oii...cari anak raja gopal, untung2 ader yang putih...hahaha...mencarut jer aq ni....

p/s: asyik dapat tawaran jururawat jer...ehem...

Ahad, 11 April 2010

nak mencarut jap...

waaaaa...telinga hampir pekak mendengar bebelan cik deen waktu driving tadi, itu x kenalah, ini x kenalah...pening aq...pfft..
baiklah, tujuan menulis entri ni bkn nak ckp psl cik deen tapi nak mengomel sket dgn benda2 yang dah jadi dalam hidup aq ni...
ekceli aq tgh tunggu tawaran sambung blaja ni..untuk asasi bahasa inggeris, sah2 awal2 aq dah kena tolak...huh, sedey jgk tapi nak wat camne an xder rezki...
tgh tunggu dip akaun..hmm, nak ckp psl akaun dgn aku, sampai esk x abis..terlampau obses la dgn subjek tu..tak tau nak atasi macam mane..

baiklah tukar cerita pulak...baru abis siapkan cerpen aq yang x der tajuk tu...bkn ape psl tajuk2 ni aq fail sket...ceritanya mengisahkan tentang seorang puteri raja yang lari meninggalkan negaranya kerana tlh dipaksa berkahwin...biler sampai kat satu tempat tu bertemu plak dgn seorang leleki yang gila2, cool tahap cipan yang nmpak pokai tapi sbnrnya seorang anak raja yang telah disumpah...haaa, aq mmg suka buat2 cerita fantasi2 nii..biler buat cerita fantasi x perlu logik akal sgt...x yah la wat research cam wak2 aq wat cerita sal wedding planer dlu tu...
skrg tgh wat cerita ala2 full house vs adamaya...kahwin pakse...ekceli i'm so sick with the plot...borink asyk benda yang same, tapi entahlah biler hati nak buat, akal dah x bleh nak kate ape dah...hehehe
baiklah itu jelah entri untuk hari ini...sekian, wasalam...

p/s: semasa entri ini dibuat penulis sdg berpuasa dan tgh menahan lapar yang ekstrem..

Rabu, 31 Mac 2010

x tau nak ckp per..

pergh an..dh lame x update, mmg aq kne tebas lalang kat blog aq nie..wahahaha..
nak cerita sal kat driving skool..pergh baran tahap dewa dewi dah nie...aq mmd x tahan siot ngan pengajar aq nie..lau ye pun sabr2 ler sket lau nak mgajar..aq bru fes time pgang stereng dah nak tengking2...ishh3..myampah tol aq...aq benci la perasaan ni

~~~~~~~~~~~~~~
ok2 pasal kat umah plak...hah. stress tahap batu belah batu bertangkup dah ni..
hai, nmpknyer perkataan stress mmg tak lari dari hidup seorang farah ayuni.. kan?kan?..aq mmg taknak komen pnjg pasal kat umah..cuma nak memeuntahkan nyer kat sini jer...

~~~~~~~~~~~~~
bru pas hbis bce a pluz b by hlovate...sgt2 menarik...hlovate mmg aq sker selain nurul syahida..
aq rse lau NS ngan hlovate ni bercantum ia dapat menghasilakan satu bom nuklear dlm otak seseorang...diorang mmg hilarious gler...
ok2 tutup citer...
citer baru...
aq tgh tulis cerpen sal putera raja yang kne sumpah x bleh tinggal kat istana dgn puteri raja yang lari kerana tak mau d kahwinkan dgn seorang leleaki yang memepunyai masalah pernafasan...ya,ya,ya,ya...mmg agak poyo dewa dewi kan wat cerita cam2?..tapi ape nak wat aq kan seorang gadis yang mempunyai tahap imaginasi hingga petala kelapan...ceh toru ayat hlovate lagii..wahhaahaha...

Sabtu, 13 Mac 2010

yesterday...

aiseh, cam lagu the be...blablabla
ok2,tujuan utama menulis pada pagi hari yang dingin nan indah permai ini... adalah...aiseh, tlong jgn skema farah!..hahahaha..
ok2, actually nak ckp pasal semalam...semalam mmg hari yang penat.dgn takde airnyer...uh! pagi2 aq dah kne wat sarapan, lipat baju, kemas umah...bler air dah ader aq kne basuh baju sebanyak tiga bakul...mmg azab, ini kerana terdapat aroma2 terapi dari baju tu..hahahaha..
ok2, and bler tengahari aq dikerah memasak...aq dgn senang hatinyer memasak ayam masak merah, ikan tiga rasa, tomyam campur untuk santapan adik-adikku.....baiklah, aq tipu jer..
aq check out dapur dan jumpe setin sardin..dan akhirnyer siaplah sardin kicap bersama outmelet ciptan chef farah...hahaha..outmelet tu telur dadar jer..hahaha
PETANG...
ok2, hasrat hati yang menggebu-gebu nak tgk nindustan...bkak tv, and fokus pada delhi6...owh abishek bachan la...ok2, fokus..abichek menari2 dan berguling-guling..aq ketawa..hahahaha...abichek belasah samseng...aq kagum..whoa!...abichek ma...kroh!kroh!kroh!...
dan biler aq bkak mata abicek di tv sdg memeandang ku...aiseh, tertido plak...makanya, dgn langkah yang gedik longlai aq ke bilik air..semayang dulu baru tido..
dan selepas semayang aq menyambung tido ker...penat beb!

tok!tok!tok!,,,aiseh, aq nak tido la..."yong! ayah tepon",jerit iman diluar..
seperti terkena renjatan elektrik aq bgun..pandang jam...aiseh, dah pukul 6 ptg..lme siot aq tido..
ngobrol2 sme bapak gue sebentar...
MALAM..
ok2 malam ayah aq bawak ke hpa...makan ayam goreng..tidak!!..habis rejim dietku...tapi dua ketul aq sapu...ala dua ketul x gemuk la......dah siap menyumbatkan perut, kteowg check out kluang mall..plak..
aiseh, ayah menuju ke kedai hp...pergh, nak beli hndset ker??
sampai depan kedai...
"ingat 1A rm100..3A rm 300...jadi sila2 lah pilih yang 300 ke bawah"
haaaa????....hahahaha...yeyeye..hp baru..aq mula check out hp2 disitu...hanya telan liut melihat blackberry..rm599..lau la aq dpt 6A....
check out lagi dan jumpe...nokia express music..rm340, pluz memeory card satu gig...hmm, nmpk cam rare..
takpe2, check out lagi...ha, sony ericsson w205..harga sme cam nokia tadi..slide,warna putih krim..nmpk cam rare...
aiseh, aq dalam persimpangan...nak mane ni???
dan akhirnya......"sony la"...
yeah, hp baruku...SONY ERICSSON W205..
mp3,radio,internet,camera,bluetooth..oklah tu...
hahaha...best2...adik2 mula wat muka...diowg pulaukan aq..hahahaha...do i care?...hahaha...
ok2, tamat sudah ceritaki dlm mase satu hari...pening plak ngan hp baru...
bler lik umah terbayang balik nokia express music itu...urmmm!

p/s: motorola...i miss my old hp..

Khamis, 11 Mac 2010

huhuhahaha

ok2...byk sunguh nak di tulis ari nie... antaranyer ialah....MY EX BF CONTACT ME JUZ NOW!
tapi sungguh hampeh mamat tu...contact tnye result jer...ish3..
en.H..knpe anda begitu sombonk??...sy nak jadi kawan jer ngan awk...tapi lau x nak pun takpe...saya x kisah...
ok2...motif nyer yang sebenar adalah, knpe kiter x leh nak baik ngan ex kter?...hu3...knpe aq perlu rse awkward gler bler berdepan mr. H ni...aq benci perasaan ni....
dan aq bnci lgu yang sebenarnyer...maaf cik yuna...krna lgu tu seakan menyindir aq...ceh, aq yg perasan sndri..hahahaha...
so, aq dah berazam dlm ati that being single is the best way for me...because aq tak nak la menganiaya perasaan owg..hahahaha...baek sungguh aq....
tapi still waiting for my mr.right....

p/s: lee min hoo...wish ur my love...hahahaha

introduce..

aiseh lupa plak nak knl kan diri...
aq NURFARAH AYUNI BINTI MOHAMAD ARIF...dan inilah catatan aq yg pertama sebagai seowg blogger..
bunyinyer mcm sadis kan?...hahahaha...actually aq dah lme simpan niat nak menceburkan diri dlm dunia blogger2 nie, tapi biaselah aq ni bute it sket..hahahaha..
ok2..kembali kpd sesi kenal2...
aq berumur 18 tahun, acctually blom genap..anak sulung kepade en.ARIF dan puan. HASNAH...
ok, menjadi anak sulung nie bukan satu yang mudah ok..antara2, kesusahan menjadi anak sulung:

1.anda adalah segala bahu untuk menyandarkan harapan...contohnyer< 'yong ibu memang mengharapkan kamu untuk berjaya' atau 'yong pegi kedai, xkan ibu nak suruh iman pulak' atau 'kamu siap kalau adik nangis' atau 'yong!! tolong angkat kain, alif x sampai!!' atau....'yong iman nak susu...' cissss...

2.anda terpaksa menjadi seowg yang berani...dahlah pompuan sulung plak tu...< 'yong owg tu dari tadi park kat pagar kite' atau 'yong, ulat gonggok kat jambannn!!..' adus!

3. anda terpaksa mencari imej anda sendiri...ok, maksud aq, aq takde kakak n abg untuk create imej aq...jadi aq terpakse lakukannyer sendiri dan terpakse meminta ibuku yang tercinta menkomennyer...namun...'kuning, hodoh untuk org yang tinggi' atau 'siyes ibu ckp, kamu nmpk gemok dgn blouse ni' atau 'sudah, tkar jeans tu..ketat sgt...ia mengecutkan peranakan'...atau 'try jubah ni...' adus!!

hehehehe...tapikan jadi seowg yang sulung ni xlah seteruk yang di sangka, cuma aq tarpakse melalui sesuatu yang baru...at least adik aq alif@ taufiq dah matang untuk memberi pendapat nyer dalam setiap laku ku...seperti..' pergh yong, ko jgn kluar g bandar ngan baju ni..nmpk mcm dak emo murtad..' cehh, kurang asam punyer adik...

p/s: yang bestnyer baju2 baru aq dpt dulu...adik2 dapat kendian...hahahaha

selangkah ke alam baru..

hehehe...jgn panik...actually, hari ni adlah permulaan segala hari bagi aq...kebutalan hari ni hari jumaat, jadi aq nak kongsi sikit pasal perasaan aq setelah mendapat keputusan spm 2009 semalam..
so far, walaupun keputusan aq hanya satu keputusan biase bagi pelajar yang berkelas A tapi ini adalah satu kepuasan hidup....aq tahu diri aq sendiri yang telah berusaha nak dapat ini semua..dan alhamdulilah ianya tercapai..
fokus aq skrg adalah ingin menyambung study dlam bidang akaun...
bidang yang amat aq cintai...knpe ek aq ni obses ngan akaun??
matlamat aq adlh ingin menjadi menteri kewangan 20 tahun akan datang...aiseh, melampau tol..hahahaha..

p/s: asal la tgn kiri aq ni berfungsi untuk tekan hurug a danq jer???...hahahaha